Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya
di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah
mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga
bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang
nanti. Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut
memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak
kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta
untuk membantu,'tak payah' katanya 'biar mak yang buat, nanti lain
rasanya'. Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu
melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya
yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.Aku tahu disudut hati mak
ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi
raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya.
Terhinjut-hinjut mak ke sana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng.
Bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang
semampunya. Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang
digoreng mak untuk abang dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka.
Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera, semua sukakan nasi
goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air
tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku... '
ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi
tu'... seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku
menjawab ' mak belum makan apa-apa lagi. '' Mak dengan bersungguh
menjawab ' Ehh mak tak mau... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja
sat lagi'... dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku
dalam hati.' oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal
penyakit diebetisnya' ..Bila semua dah pulang..aku lihat mak
terhinjut-hinjut ke dapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak
ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh
hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi
goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.Itulah kasih seorang
ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup
berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami
benar-benar kalah dengan apa yang kami saksikan..' YA RABB Engkau
peliharalah Ibu kami, Ampunilah Dosanya, Berilah kekuatan pd
anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga ' . AMINN

0 comments:
Post a Comment